Euro 2016: Perancis akui ada potensi serangan pengganas

HARAKAHDAILY | .

Presiden Perancis, Francois Hollande, mengakui adanya potensi serangan keganasan selama berlangsung pusingan akhir Piala Eropah (Euro) 2016 yang  bermula Jumaat ini.

"Kita memang sudah siap sedia, tapi tetap saja kita harus waspada selama pertandingan. Kami sendiri telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang ketat agar acara ini berjalan sukses," ujar Hollande.

Meskipun demikian, beliau menegaskan bahawa negaranya tidak sepatutnya merasa takut dengan kemungkinan adanya serangan keganasan tersebut.

"Jangan sampai kita terpengaruh, tapi sebagai presiden saya harus menyampaikan bahawa ancaman itu ada," tegasnya.

Dalam wawancara dengan satu stesen radio, Hollande berkata bahawa 90,000 anggota keselamatan dikerahkan di 10 bandar di Perancis untuk memastikan kejohanan bola sepak itu berlangsung aman.

Perancis sendiri menguatkuasakan keadaan bersiap sedia tertinggi berikutan serangan di Paris November tahun lalu.

Presiden Hollande mengeluarkan kenyataan itu selepas kumpulan ISIS menyeru kepada para pengikutnya untuk 'meningkatkan aktiviti' selama bulan Ramadhan. [Islampos]

Share on Myspace