Dr Najiha temui pengundi di bazar Ramadan

IZWAN ABDUL HALIM | .

KUALA KANGSAR: Calon PAS P.067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad menyeru masyarakat Islam memanfaatkan Ramadan untuk meningkatkan taqarrub kepada Allah.

Menurutnya, perkara itu sebagaimana seruan Allah agar orang Mukmin menjadikan Ramadan untuk meninggikan ketakwaan.

Selain menyertai dan melaksanakan ibadah sepanjang Ramadan, beliau juga mengajak kaum Muslimin memanfaatkan waktu-waktu mustajab untuk memanjatkan doa.

Nasihat-nasihat itu antara dititipkannya dalam ucapan pada Majlis Iftar anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia di UPU Sayong Lembah, di sini semalam.

Turut hadir bersama petugas dan para jemputan adalah Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Salamiah Mohd Noor.

Terdahulu Dr Najiha bersama angkatan kempennya turun ke Arena Square bertemu orang ramai yang membeli juadah Ramadan di situ. – HARAKAHDAILY 7/6/2016

Share on Myspace