Wang ihsan diterima Maik bulan ini

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Berdasar perjanjian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dijangka menerima wang ihsan sebanyak RM20.3 juta bulan ini.

Wang ihsan tersebut sebanyak 50 peratus akan diterima daripada kerajaan Persekutuan, manakala 50 peratus lagi diurus Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP).  

Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Nik Azlan Abdul Hadi berkata wang ihsan sebanyak RM20.3 juta itu merupakan peruntukan untuk tahun lalu.

Katanya jumlah wang ihsan tersebut dikira berdasar harga pasaran minyak semasa.

“Daripada jumlah itu sebahagiannya akan dibelanja untuk membina dan membaiki sekolah-sekolah agama di bawah Yik dianggar sebanyak RM12 juta.

“Sebanyak RM10 juta lagi untuk infrastruktur seperti jalan dan perparitan di beberapa tempat di negeri ini,” katanya di sini.

Pada Mac lepas diadakan perjanjian pelantikan Maik sebagai agensi pelaksana Program Wang Ihsan Negeri.

Menurut Kementerian Kewangan pihaknya memeterai perjanjian dengan Maik untuk berkongsi dana wang ihsan pada nisbah 50:50. JPP dilantik sebagai agensi pelaksana bagi pihak kerajaan pusat.

Bagaimanapun kerajaan negeri menegaskan biarpun dibayar wang ihsan, namun tuntutan royalti petroleum tetap diteruskan. – HARAKAHDAILY 7/6/2016

Share on Myspace