Dr Rani ucap terima kasih kepada Khalid Ibrahim

HARAKAHDAILY | .

SUNGAI BESAR: Calon PAS pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Dr Abd Rani Osman menghargai bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut membantu berkempen.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kerana turun ke kedai-kedai dan pasar-pasar di sini untuk menemui peniaga-peniaga dan masyarakat terutama kaum Cina untuk memperkenalkannya selaku calon PAS.

Katanya, populariti Khalid amat terserlah apabila ramai peniaga khususnya peniaga Cina masih mengkagumi beliau lantaran jasanya yang besar kepada rakyat berbilang kaum di Negeri Selangor.

"Mereka berjanji akan memberi sokongan kepada PAS pada 18 Jun nanti, insya Allah," ujar beliau yang juga Adun Meru dalam satu kenyataan menerusi laman sosial PRK Sungai Besar. - HARAKAHDAILY 8/6/2016

Share on Myspace