Keprihatinan Dr Rani sentuh hati penduduk tempatan

HARAKAHDAILY | .

SUNGAI BESAR: Kemesraan dan sikap prihatin yang ditonjolkan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman pada kempen Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar berjaya menyentuh hati pengundi-pengundi tempatan ketika melakukan ziarah rumah ke rumah.

Beliau turut melakukan pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat termasuk warga emas dan memberikan ubat-ubatan secara percuma.

Salah seorang warga emas yang dilawati terharu menerima sumbangan ubat-ubatan dan terus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kepada Dr Abdul Rani yang juga Adun Meru.

Beliau turut meluangkan masa mendengar keluhan dan masalah rakyat di kawasan-kawasan yang dilawati.

Kempen PRK Sungai Besar bermula selepas penamaan calon pada 5 Jun lalu berakhir 17 Jun manakala hari mengundi 18 Jun.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan ekoran penyandang, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. - merahkuning.com

Share on Myspace