Lebih 10,000 pelarian maut di Laut Mediteranean

HARAKAHDAILY | .

Pesuruhjaya Tinggi untuk urusan pelarian PBB (UNHCR) mengumumkan bahawa jumlah mangsa yang maut akibat tenggelam di Laut Mediteranean sejak tahun 2014 hingga Selasa lalu melebihi 10,000 orang.

Laporan itu disampaikan jurucakap UNHCR, Adrian Edwards dalam satu sidang media di Pejabat PBB di Geneva, Switzerland tindak balas kepada peningkatan mangsa yang maut dalam kalangan pelarian semasa menyeberangi Laut Mediterranean menuju Eropah.

Sementara itu dalam konteks yang sama, Organisasi Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM) melalui jurucakap Joel Millman menyatakan bahawa jumlah para pencari suaka yang telah tiba di dataran Eropah sejak awal tahun 2016 mencapai 206,400 orang.

Jumlah tersebut berkurang jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2015 yang mencapai angka 809,000 orang.

Sedangkan mereka yang maut akibat tenggelam di Laut Mediterranean dalam masa 5 bulan pertama 2016 ialah 1,809 orang yang berasal dari Timur Tengah dan Afrika. (Eramuslim)

Share on Myspace