Dr Najiha peramah dengan pesakit, berjiwa rakyat

HARAKAHDAILY | .

KUALA KANGSAR: Calon PAS bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad yang merupakan graduan perubatan dan pembedahan dari Universiti Malaya adalah doktor yang berjiwa rakyat dan berkaliber.

Penduduk setempat, Zulfa Hanan menyifatkan Dr Najihatussalehah sebagai seorang yang suka memberikan bantuan apabila mendengar seseorang ditimpa musibah dan sangat pemurah.

"Saya pernah menjadi patient Dr (Najihatussalehah) dan dia seorang yang sangat suka senyum, peramah, berhemah semasa memberikan rawatan," ujar beliau.

Beliau juga berkata Dr Najihah selalu berpesan kepada para pesakitnya supaya memperbanyakkan berdoa, solat hajat dan jangan meninggalkan zikir di samping menasihati tentang kesihatan mereka.

Zulfa Hanan menambah, Dr Najihatussalehah seperti seorang ustazah walaupun beliau seorang doktor kerana percakapannya mesti diselitkan dengan Islam.

Share on Myspace