Bendera: Tiba-tiba dia menangis, meluru keluar

HARAKAHDAILY | .

SEDANG kami bersembang setelah habis tazkirah subuh di Markaz Pemuda pagi tadi, tiba-tiba seorang sahabat lengkap berpakaian AMAL datang mengadu banyak bendera PAS disabotaj tengah malam tadi.

Sambil mengadu, sambil marah-marah. Membebel seorang diri, kami biarkan dia meluahkan perasaannya. Tiba-tiba dia menangis, meluru keluar sambil membuka serban, dijadikan kain mengesat air matanya.

"Kenapa diorang tak ingat Allah sampai buat jahat kat kita macam ni?"

Rungutan yang diulang-ulang, menyedarkan kami akan kejujuran niatnya. Kagum dan terharu.

Padahal logiknya, bendera je pun. Tak perlulah sampai menangis

Sungguh, apabila terlibat di medan bawahan, kita akan belajar dengan orang yang tidak terpelajar tentang ilmu IKHLAS dan KEJUJURAN. Sedangkan dunia pada hari ini sedang kehilangan dua nikmat tersebut.

Orang seperti ini memang tidak 'standard' di mata dunia. Tetapi al-Quran mengajar agar mendahulukan mereka, berdamping dengan mereka.

Cuba baca balik surah 'Abasa.

USTAZ ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Naib Ketua Pemuda PAS Selangor – HARAKAHDAILY 9/6/2016

Share on Myspace