Dr Najiha rakam takziah buat keluarga ketua Umno

HARAKAHDAILY | .

KUALA KANGSAR: Calon PAS pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad berkesempatan menziarahi dua kematian dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

Antara keluarga yang sempat diziarahi oleh Dr Najihatussalehah Ahmad ialah rumah ketua cawangan Umno Bendang Panjang yang juga bekas Ketua Kampung Suak Dungun, Ahmad Isa yang telah meninggal di kampung itu pagi kelmarin yang turut diuruskan oleh ahli-ahli PAS.

Perbezaan dari sudut perjuangan dan parti politik tidak menjadi penghalang buat ahli-ahli dan petugas PAS untuk sama-sama membantu meringankan beban keluarga si mati dalam memudahkan urusan pengebumian jenazah.

Dr Najihatussalehah turut menenangkan keluarga berkenaan agar bersabar dan redha dengan ketentuan Allah SWT seterusnya mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Pada majlis pengebumian, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria turut serta dalam melaksanakan majlis pengebumian serta sempat memimpin bacaan tahlil buat arwah Ahmad Isa.

Share on Myspace