Aktivis PAS Perak maut kemalangan

IZWAN ABDUL HALIM | .

KUALA KANGSAR: PAS Perak kehilangan seorang aktivis, Mohamad Khairi Md Daud yang maut dalam kemalangan di Lawin, Lenggong hari ini.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Kawasan Lenggong dalam perjalanan dari rumahnya di Gerik ke Kuala Kangsar bagi mengikuti Kursus PACA PRK P.067.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazah telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri merakamkan takziah kepada keluarga arwah dan menyifatkan Khairi aktivis yang sangat gigih.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria bergegas ke tempat kejadian dan mengatur urusan untuk pengebumian. – HARAKAHDAILY 9/6/2016

Share on Myspace