'Perhitungan mereka silap, insya Allah kita ada Allah'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Pentingnya bekalan taqwa untuk pejuang agama Allah SWT kerana bilangan kita kecil, wang kita sedikit berbanding dengan apa yang dimiliki oleh musuh," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya jika taqwa hilang daripada kita di manakah bantuan Allah akan diperolehi.

"Insya Allah dengan bekalan taqwa ia menjadi penyubur untuk kita terus bangkit melawan kebatilan dan menegak kebenaran," katanya menerusi laman facebook.

Ini, tambahnya kerana perjuangan Islam akan ditentang daripada berbagai sudut.

Menurutnya, mereka menggunakan berbagai proksi dan wadah, namun matlamat mereka satu iaitu untuk tidak membiarkan Islam tumbuh segar di negara ini.

"Perhitungan mereka silap, tindakan mereka akan terserlah wajah mereka selama ini. Insya Allah kita ada Allah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 10/6/2016

Share on Myspace