PAS gesa kerajaan naikkan harga padi, subsidi

HARAKAHDAILY | .

PAS amat bersimpati dengan nasib penanam padi khususnya di Sungai Besar yang tidak dapat menikmati peningkatan pendapatan hasil jualan padi.

Dengan harga padi semasa RM1,200 bagi 1 tan, kenaikan subsidi buat pertama kali sebanyak hanya RM52.00 sejak 25 tahun dan pemotongan dinaikkan 20% menyebabkan hasil pendapatan bersih petani masih kurang dari RM1,000 sebulan.

Justeru, PAS mendesak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berkuasa penuh menetapkan harga belian padi dan potongan kualiti padi mempertimbangkan cadangan PAS seperti berikut:

- Kadar harga padi dinaikkan dari RM1,200 kepada RM1,300 ke RM1,350
- Kadar subsidi dinaikkan dari RM300 kepada RM500
- Kadar potongan kualiti padi diturunkan dari 20% kepada 17% ke 15%

Kadar baru yang dicadangkan oleh PAS ini membolehkan petani memperoleh sekurang-kurangnya RM1,500 ke RM1,600 sebulan.

PAS menggesa Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan secara serius cadangan ini, dan PAS akan terus memperjuangkan suara dan keluhan petani ini ke Parlimen.

YB DR ABD RANI OSMAN
Calon Parlimen P.093 Sungai Besar - HARAKAHDAILY 10/6/2016

Share on Myspace