Mengapa PAS lawan Umno?

PAS SELANGOR | .

Soalan: Fikirkan mengapa negara dalam keadaan yang teruk walaupun majoriti pemimpinnya ialah orang Islam?

Jawapan: Sebab ramai pemimpin negara beragama Islam hari ini tidak meletakkan ajaran Islam sebagai asas di dalam politik dan membuat sebarang keputusan bagi pihak rakyat. Nafsu, tamak kuasa dan dan duit menjadi faktor terbesar di dalam hidup mereka dan bukannya agama.

Jadi apa yang PAS cuba lakukan?

PAS sedang cuba membawa orang Islam kembali ke ajaran Islam. Jika orang Islam berpegang teguh dengan ajaran Islam, dosa dan pahala, banyak perkara dalam negara boleh dihindarkan. Orang Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam dan takut pada Allah, sesungguhnya tidak akan melakukan perkara-perkara jahat.

Apa pendekatan PAS lawan Umno?

Waktu pilihan raya, lawan Umno di PRK dan PRU

Waktu tiada pilihan raya PAS mengambil pendekatan berdakwah, menerang dan juga membantah apabila perlu seperti GST, 1MDB, TPPA, kenaikan kos sara hidup, penyelewengan dan salah guna kuasa.

PAS menerima sepenuhnya konsep demokrasi dan menolak cara berpolitik yang menyemai kebencian antara kaum dan agama sebagai senjata politik.

Apa matlamat PAS?

Yang penting bagi PAS ialah asalkan rakyat dijaga, tidak dikambinghitamkan dalam permainan politik serta agama Islam terbela dan kebebasan beragama penganut lain terjaga. PAS juga mahu memastikan orang Islam dan bukan Islam boleh hidup dalam keadaan harmoni, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Siapa yang boleh tumbangkan Umno?

Jawapan: PAS adalah musuh politik Umno terbesar di Semenanjung. PAS bertembung dengan Umno 63 kerusi di PRU13 untuk mengalahkan Umno, rakyat perlu memberi sokongan kepada PAS. PAS menjaga semua rakyat berlandaskan Islam, Umno pula hanya menjaga poketnya sendiri.

Share on Myspace