Kita ‘master run’, bukan menyerang - Dr Rani

HARAKAHDAILY | .

SUNGAI BESAR: “Kita merupakan ‘master run’ dan kita bukan menyerang,” kata calon PAS PRK Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman.

Beliau juga memberitahu akan masuk ke setiap tempat untuk berkempen dengan membawa budaya politik matang dan sejahtera kepada penduduk Sungai Besar.

Terbaru, PAS telah menyediakan hampir 10,000 risalah yang dicetak dalam bahasa Melayu dan Cina yang menerangkan tentang Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah 355.

“PAS telah menyediakan hampir 10,000 risalah penerangan berkaitan RUU untuk diedarkan.

“RUU tiada kena mengena dengan orang bukan Islam dan hanya membincangkan tentang mahkamah syariah, tiada berkaitan tentang hudud,” katanya pada sesi ceramah bersama masyarakat.

Aktiviti kempen PRK yang memasuki tempoh seminggu selepas penamaan calon pada 6 Jun lalu terus giat dilakukan oleh seluruh jentera PAS.

“Walaupun PAS menang di pilihan raya kecil P.093 Sungai Besar, BN tetap akan memerintah negara. Namun, kita (PAS) telah memiliki suara yang lebih untuk memprotes,” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru.

Share on Myspace