Rasuah: Kadir bimbang cara Umno urus tadbir negara

HARAKAHDAILY | .

SUNGAI BESAR: Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata semua kerajaan akan bertukar tangan selepas 30 tahun.

Namun ajaibnya, kata beliau di Malaysia apabila kerajaan masih tidak bertukar walaupun sudah 60 tahun merdeka.

Beliau melahirkan kebimbangan kerana rasuah yang sudah membarah dalam negara daripada pihak atasan hingga bawahan sudah rosak teruk.

Bekas Menteri Kabinet itu yang kecewa dengan cara Umno mengurus tadbir negara memberitahu jika integriti diamalkan pasti tidak ada rakyat miskin dan Malaysia akan menjadi negara yang mempunyai purata pendapatan perkapita yang tinggi.

Beliau yang hadir pada Muktamar Tahunan PAS di Kota Bharu awal bulan ini turut memuji PAS kerana sangat terbuka menerima komen dan kritikan daripada semua pihak.

"Saya masuk dalam Muktamar Agung PAS dan saya melihat semua orang bebas bercakap dan beri pandangan.

“Perkara tersebut tidak berlaku dalam Umno pada hari ini, jika bercakap 'lebih kurang' maka tunggu sahajalah akibatnya,” tambah beliau pada sesi ceramah kempen PAS PRK Sungai Besar.

PAS, katanya merupakan parti tunjang yang Islam dan Melayu.

"Siapa nak jadi kerajaan, mesti ada sokongan salah satu daripada parti tunjang ini," ujarnya.

Calon PAS yang bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman ditentang calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur (PAN).

Share on Myspace