BN menang 4 parlimen tapi gagal selesai masalah rakyat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi parlimen Sabak Bernam, Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu yang kebanyakan penduduknya daripada golongan petani dan nelayan, namun BN masih gagal untuk menangani masalah yang dihadapi oleh golongan itu.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib menyeru penduduk Sungai Besar melakukan perubahan dengan memilih calon PAS, Dr Abdul Rani Osman pada pilihan raya kecil parlimen tersebut 18 Jun ini.

Menurutnya, nasib nelayan dan petani sepatutnya sudah lama terbela kerana semua parlimen tersebut dimenangi BN.

"Noh Omar sendiri pernah menjadi Menteri Pertanian. Sepatutnya isu petani dan nelayan telah lama selesai sewaktu beliau jadi menteri.

"Tak kan kita nak harapkan keempat-empat ahli parlimen BN? Dia hanya ikut pak menterinya saja. Dia ikut Perdana Menteri dia," kata beliau dalam ceramah isu semasa pada kempen PRK Sungai Besar.

Adun Taman Templer itu turut memuji keperibadian Dr Rani dan sikap bertanggungjawabnya dalam menyelesaikan masalah kawasan yang diwakili.

"Kami 13 ahli dewan undangan negeri daripada PAS hormat kepada Dr Rani kerana dialah ahli yang prestasi sentiasa cemerlang dalam dewan dan juga kawasan diwakili beliau.

"Dalam dewan dia akan cakap apa sahaja, bawa isu rakyat. Kalau tidak tuan-tuan, siapa yang akan bawa masalah petani dan nelayan ke peringkat parlimen?" tanya beliau dipetik laman web merahkuning.com.

Share on Myspace