PAS lawat pusat media PRK Kuala Kangsar

IZWAN ABDUL HALIM | .

KUALA KANGSAR: Pimpinan PAS telah mengadakan lawatan ke Pusat Media PRK P.067 Kuala Kangsar di EZ Inn Hotel, di sini petang tadi.

Kunjungan itu diketuai Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dengan disertai Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Pada lawatan ramah mesra itu, mereka ditaklimatkan secara ringkas mengenai fungsi dan peranan Pusat Media tersebut.

Pusat Media tersebut terbuka sebagai 'pusat operasi setempat' bagi media cetak, maya dan penyiaran dengan kemudahan yang selesa dan semasa.

Ia juga menjadi tempat rujukan kepada media berkenaan jadual dan aktiviti parti-parti bertanding.

Pusat Media itu turut menyediakan jamuan berbuka, moreh dan sahur untuk para pengamal medianyang bertugas sepanjang PRK.

Ia mula beroperasi sejak hari penamaan calon 5 Jun lalu hingga selesai PRK pada 18 Jun nanti.

Turut hadir sama ialah Setiausaha PAS Perak, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan dan veteran PAS, Subky Latiff. – HARAKAHDAILY 13/6/2016

Share on Myspace