PRK: Pengundi awal tunai tanggungjawab hari ini

NAZIRAH NASRUN | .

SUNGAI BESAR: Pada jam 8 pagi anggota keselamatan terdiri daripada anggota polis dari Dun Sekinchan dan Sungai Panjang telah berbaris panjang di pusat pembuangan undi bertempat di Balai Polis Daerah Sabak Bernam  bagi sesi pengundian awal P093 Sungai Besar.

Jumlah pengundi dari daerah Sungai Panjang adalah seramai 265 orang manakala Sekinchan 21 orang menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 286 orang pengundi.

Dr Abdul Rani Osman yang hadir lebih awal kelihatan begitu ceria menyapa para pengundi. Ada di antara mereka yang mengambil kesempatan tersebut untuk bersalaman dan berbual pendek dengan beliau.

Suasana terkawal dengan kawalan polis dari tempat semakan daftar pemilih SPR sehingga ke bahagian pembuangan undi.

Setakat jam 8.47 pagi seramai 20 anggota polis dari daerah Sekinchan telah mengundi manakala 55 orang dari Dun Sungai Panjang. Proses pengundian masih diteruskan sehingga jam 5 petang. – HARAKAHDAILY 14/6/2016

Share on Myspace