PRK: Pengundian awal berjalan lancar

NUR HASMIRA MOHAMAD | .

SUNGAI BESAR: Seramai lapan anggota polis dari Kem Komandan IPK Selangor ditugaskan untuk mengawal pusat pengundian awal Pilihan Raya Kecil P.093 Sungai Besar.

Menurut angota polis bertugas, Jogindan Singh berkata beliau bersama tujuh lagi anggota ditugaskan untuk mengawal keselamatan sepanjang proses undian awal yang bermula jam 8 pagi dan tamat pada jam 5 petang.

"Keadaan setakat ini terkawal, dan pagi-pagi lagi sudah ramai anggota polis yang datang membuang undi," katanya.

Sejumlah 286 anggota keselamatan terdiri daripada anggota polis dari dua Dun Sekinchan dan Dun Sungai Panjang telah diamanahkan untuk membuang undi bagi menentukan calon wakil rakyat Parlimen Sungai Besar.

Proses pengundian masih berjalan. – HARAKAHDAILY 14/6/2016

Share on Myspace