Undi awal, 68 peratus sudah mengundi

NUR HASMIRA MOHAMAD | .

SUNGAI BESAR: Sehingga jam 10 pagi tadi, 68 peratus daripada pengundi awal telah keluar mengundi, demikian kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Ujarnya, para pengundi yang terdiri dari kalangan anggota polis bersama pasangan masing-masing telah keluar untuk membuang undi sejak jam 8 pagi lagi.

"Untuk makluman, terdapat 286 pengundi yang terlibat dalam pengundian awal bersama pasangan sahaja di Sungai Besar," katanya pada sidang media, bertempat di balai Polis Sabak Bernam pagi tadi.

Jelasnya, jumlah pengundi dari Dun Sekinchan hanya tinggal seorang sahaja lagi daripada 21 orang yang masih belum datang untuk membuang undi.

"Kita harap beliau dapat datang membuang undi sebelum tamat waktu pengundian."

Waktu mengundi dijadualkan akan tamat pada jam 2 petang bagi kawasan Dun Sekinchan manakala jam 5 petang bagi Dun Sungai Panjang.

Katanya, peti undi akan disimpan di lokap Balai Polis Sekinchan manakala keputusan undian pada Pilihan Raya Kecil P.093 Sungai Besar akan diumumkan pada 18 Jun ini iaitu setelah tamat pengundian bagi pengundi awam.

Beliau bagaimanapun berharap baki pengundi akan turun dan hadir menunaikan amanah mereka sebagai pengundi Sungai Besar. – HARAKAHDAILY 14/6/2016

Share on Myspace