Kakitangan awam, penghulu Kelantan dapat bonus

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Selain penjawat awam negeri, penghulu juga mendapat bonus yang akan dibayar kerajaan negeri menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Kakitangan awam akan menerima bonus RM500 seperti juga kakitangan kerajaan Persekutuan, manakala penghulu pula akan mendapat bonus sebanyak RM250.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri akan membayar bonus seperti kelazimannya setiap kali menjelang Aidilfitri.

"Insya-Allah kerajaan negeri akan membayar bonus raya kepada kakitangan kerajaan negeri dan penghulu," katanya kepada media selepas majlis Mahabbah Ramadan OKU Bersama Kerajaan Kelantan di Balai Islam petang semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Mumtaz Md Nawi, wakil-wakil rakyat, Penyelia Dun dan pegawai kerajaan. - HARAKAHDAILY 16/6/2016

Share on Myspace