Kempen PAS sederhana wajar diteladani – Ikatan

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Negeri Selangor menyifatkan konsep kesederhanaan yang diamalkan PAS pada kempen PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar selaras dengan ajaran Islam.

Pengerusi Dewan Majlis Ikatan Negeri Selangor, Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman berkata apa yang ditunjukkan PAS itu menunjukan budaya politik matang dan displin yang tinggi dan perlu diamalkan parti-parti lain.

"Konsep kempen sedemikian yang kita mahukan, displin serta budaya kempen yang bersih.

"Ini pasti dapat menambat hati pengundi, konsep kempen secara hasutan akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni," katanya ketika dihubungi.

Beliau yang tidak menolak dengan penglibatan Parti Amanah Negara (PAN) pada PRK kali ini sedikit sebanyak telah mengurangan peratusan pengundi bukan Melayu.

"PAS alan berusaha untuk mendapatkan sokonagn dari kaum bukan Melayu di kawasan-kawasan yang dikenalpasti.

"Kita yakin perkara ini dapat di atasi dengan baik, dengan berbaki kempen hanya tiga hari sokongan pengundi bukan Melayu akan terus meningkat," tambah beliau.

Katanya lagi, ketiga-tiga jentera parti yang bertanding akan bekerja keras untuk memastikan calon mereka menang pada PRK kali ini.

"Walaupun pelbagai cara untuk kita tarik sokongan, proses kempen perlu berjalan dengan aman dan tiada isu yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

"Kita perlu saling menghormati serta mengamalkan prinsip demokrasi yang bersih," sambung beliau lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa terutamanya pihak polis yang telah menjalankan tanggungjawab serta tugas dengan adil.

Mohamad Badri yang sebelum itu turut hadir pada program berbuka puasa anjuran bersama Ikatan dan PAS di Sungai Besar semalam melihat calon PAS Dr Rani Othman merupakan calon yang mesra serta berjiwa rakyat dan mampu membawa suara rakyat di parlimen nanti

Pengalaman yang beliau ada di Dun Meru merupakan sandaran kepada pentadbiran beliau jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar nanti. – HARAKAHDAILY 16/6/2016

Share on Myspace