Proses mengundi PRK Kuala Kangsar, Sg Besar bermula

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Proses mengundi pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar bermula jam 8.00 pagi ini.

Kawasan Parlimen Kuala Kangsar terdapat  23 pusat daerah mengundi melibatkan 69 saluran sementara Sungai Besar pula 28 pusat mengundi dengan 90 saluran.

Seramai 32,949 pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Kangsar manakala Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,365 pemilih berdaftar.

Bagi PRK Kuala Kangsar, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad berdepan dengan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (PAN) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

Calon PAS bagi PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman berdepan dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur (PAN).

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong kerana kedua-dua penyandang, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. - HARAKAHDAILY 18/6/2016

Share on Myspace