Dr Rani harap pengundi muda keluar mengundi

NUR HASMIRA MOHAMAD|FOTO WAN ZAHARI | .

SUNGAI BESAR: Seawal jam 8 pagi, calon PAS pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman hadir menyantuni pengundi-pengundi di unit peti undi, Sekolah Kebangsaan Simpang Lima.

Hasil pemantauan Harakah ketika itu mendapati masih belum kelihatan pengundi-pengundi muda ke pusat undian.

Menurut Dr Rani, beliau berharap anak-anak muda akan keluar mengundi menjalankan tanggungjawab mereka.

"Insya Allah mereka akan hadir, masa masih panjang," ujarnya.

Beliau seterusnya bergerak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekinchan.

Laungan takbir menyambut ketibaan beliau, 50 meter dari Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan.

Suasana yang penuh dengan warna-warni diikuti semangat yang menjulang menyemarakkan lagi hari pengundian.

Beliau ditemani Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali bergegas pula ke lokasi seterusnya.

PRK Sungai Besar hari ini telah berlangsung dan trafik Sungai Besar mulai sibuk.

Hari ini merupakan hari pengundian PRK P.093 Parlimen Sungai Besar yang akan menentukan siapakah wakil rakyat. - HARAKAHDAILY 18/6/2016

Share on Myspace