Benarkah BN kempen sehingga awal pagi?

SAIDAH HAIRAN | .

SUNGAI BESAR: BN masih menjalankan kempen pilihan raya yang sepatutnya telah tamat pada jam 12 tengah malam.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Sungai Besar, Izulkifli Ibrahim lokasi kempen di Command Centre, Pasir Panjang.

Beliau yang mahu pulang ke rumah mendapati khemah di Command Centre masih ramai pengundi yang terdiri daripada lelaki dan wanita.

Katanya, SPR telah menetapkan kempen terakhir jam 12 tengah malam tetapi di lokasi Command Centre masih ramai pengundi selepas waktu yang ditetapkan.

"Ini ternyata melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR," tegasnya.

Beliau menghubungi Inspektor Kamarul melaporkan kejadian tersebut.

Bagaimana pun katanya, Inspektor tersebut mendakwa; "tak ada ceramah kot......”

Beliau berharap siasatan perlu dijalankan terhadap BN jika benar melanggar peraturan yang ditetapkan SPR. – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Share on Myspace