Penyokong PAN bertakbir sambut kunjungan Dr Rani

NUR HASMIRA DAN SUFI NAZ | .

SUNGAI BESAR: Para penyokong PAN menyambut kunjungan calon PAS pada PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman dengan laungan takbir di lokasi daerah mengundi Parit 4, Sungai Besar.

Sosok tubuh genit ini ternyata berjaya menambat hampir keseluruhan penyokong yang berbeza fahaman politik.

Setiap pusat daerah mengundi yang dilawati beliau pasti ramai yang ingin "berselfie" bersamanya.

Turut tidak ketinggalan berbuat demikian ialah penyokong Barisan Nasional dan Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

Antara pemimpin PAS yang menemani beliau ialah Pengarah Pilihan Raya PAS , Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat yang juga Adun Sabak Bernam, Sallehen Mukhyi, Timbalan Pemuda PAS, Ustaz Khalil Abdul Hadi dan ramai lagi. - HARAKAHDAILY 18/6/2016

Share on Myspace