Jumlah keluar mengundi mampu pengaruhi keputusan

NUR HASMIRA MOHAMAD Foto SAIDAH HAIRAN | .

SUNGAI BESAR: Pengerusi Pilihan Raya  PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan calon PAS Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, P093, Dr Abdul Rani Osman sebagai seorang calon yang digemari ramai.

Katanya, berdasarkan pemerhatian beliau yang turut mengikuti rombongan Dr Rani di beberapa Unit Peti Undi Sungai Besar, beliau mendapati penyokong-penyokong PAN dan Umno-BN menyambut kehadiran  Dr Rani dengan cukup mesra.

"Saya melihat biasanya keadaan mengundi, penyokong bertindak di luar jangkauan, tapi kali ini suasana pilihan raya cukup aman dan harmoni antara ketiga-tiga parti yang bertanding," katanya yang mengikuti rombongan Dr Rani ke lokasi kelima UPU, Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya, Sungai Besar.

Ujarnya lagi, kemenangan PAS juga bergantung kepada jumlah yang keluar mengundi.

"Kalau pengundi keluar tak ramai, itu mungkin beri kesan juga, bergantung kepada keadaan." – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Share on Myspace