Sg Besar: Sehingga 1 petang, 53 peratus keluar mengundi

NUR HASMIRA MOHAMAD | .

SUNGAI BESAR: Sehingga jam 1 petang tadi, 53 peratus pengundi parlimen Sungai Besar telah keluar mengundi seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dijangkakan selebihnya akan keluar mengundi sebelum waktu pengundian tamat pada jam 5 petang nanti.

Sebanyak 30 Unit Peti Undi telah dibuka sebagai pusat buang undi untuk 42,600 pengundi seluruh Sungai Besar.

Dalam pada itu, calon PAS PRK P093, Dr Abdul Rani Osman ditemani Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Share on Myspace