Semoga berjaya doktor – petugas PAS

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

KUALA KANGSAR: Calon PAS P067 Dr Najihatussalehah terus bersemangat Pusat Pengundian di saat-saat akhir sebelum menjelang tempoh tamat pengundian pada jam 5 petang tadi.

Beberapa Pusat Pengundian ketika itu masih menanti para pengundi untuk melaksanakan amanah demi masa depan rakyat tempatan.

Seorang petugas muslimat dari Terengganu memeluk Dr Najiha ketika beliau tiba di Pusat Pengundian Menora sambil memberikan kata-kata semangat.

Beliau berkata, kejayaan PAS adalah harapan bersama untuk menjulang Islam.

"Semoga berjaya doktor," ungkapan beliau kepada Dr Najiha.

Walaupun ucapan tersebut ringkas namun ia memberikan satu suntikkan semangat kepada Dr Najiha.

Dr Najiha tidak lekang mengukir senyuman dan menyapa petugas-petugas yang bertungkus lumus berusaha untuk melihatkan kejayaan PAS dalam PRK Kuala Kangsar. – HARAKAHDAILY 18/6/2016

Share on Myspace