Jangan nafi peranan PAS kalau hendak ke Putrajaya

HARAKAHDAILY | .

Adat perlawanan ada kalah, ada menang. PAS menerima dua keputusan secara terbuka dan akan melakukan muhasabah.

Apabila berlaku pertandingan tiga penjuru, maka inilah natijahnya. PAS tidak boleh disalahkan. Ini adalah kerusi tradisi PAS.

Walaupun PAS difitnah seolah-olah PAS bersama BN, PAS dapat wang 1MDB, padahal PAS siang malam berjuang untuk melawan bagi menggantikan Umno.

Hujah ini berjaya untuk menjauhkan orang bukan Islam dengan PAS sahaja. Akhirnya yang kenyang ialah BN.

Hanya PAS yang mampu bersaing dengan Umno untuk mengalih sokongan orang Melayu kepada pembangkang. Perlu diingat teras politik di Malaysia ialah Melayu. Majoriti kerusi ialah orang Melayu.

Jika perkara ini tidak dirobohkan, maka selagi itulah pembangkang hanya boleh menyimpan angan-angan.

Oleh itu, tidak ada untung bermusuh dengan PAS. Hormatlah prinsip masing-masing. Jangan paksa PAS dan ceroboh wilayah kedaulatan PAS.

PAS berjuang mengambil pendekatan demokrasi sesuai dengan realiti masyarakat Malaysia. Jangan menafikan peranan PAS kalau hendak ke Putrajaya.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
14 Ramadhan 1437/ 19 Jun 2016 - HARAKAHDAILY 19/6/2016

Share on Myspace