Ahli keluarga kemalangan terima sumbangan Skimpas

HARAKAHDAILY | .

PADA pagi ini pihak lajnah telah menyerahkan satu sumbangan wang Skim Kifalah Ahli-ahli PAS Skimpas kepada keluarga Allahyarham Ust Abdullah Wahab, Yang Dipertua PAS kawasan Titiwangsa.

Penyerahan wang  telah dibuat oleh pihak lajnah kepada isteri Allahyarham, Noraini Mohd Yusof di kediaman mereka semasa kami berkunjung ziarah.

Dalam kesempatan ini, suka saya mengingatkan agar setiap pimpinan di pelbagai peringkat memberi perhatian untuk mencarumkan ahli-ahli jawatankuasa di bawah mereka dan para petugas PAS dengan Skimpas.

Kemalangan-kemalangan yang menimpa para petugas parti sewaktu musim pilihan raya kecil baru-baru ini menjadi manifestasi betapa pentingnya perlindungan diberikan kepada para petugas bagi kepentingan mereka dan keluarga.

Alhamdulillah, Skimpas telah kami inisiatifkan bagi melindungi kejadian yang tidak diingini yang boleh saja menimpa sesiapa dari kalangan ahli-ahli dan juga para petugas parti.

Suka juga saya menyeru kepada para dermawan untuk terus bersama kami memperkasa para petugas parti melalui sumbangan kepada Tabung murabitun kendalian lajnah.

Tabung murabitun Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS pusat telah diwujudkan bagi membantu para petugas atau murabitun parti yang memerlukan pada sesuatu masa. Ini adalah usaha kami bagi memastikan kebajikan para murabitun kita dilindungi dan dipelihara.

Sumbangan boleh dibuat melalui Akaun Tabung Murabitun di Maybank Bhd, bernombor 562209628786.

Sila maklumkan kepada kami melalui nombor +60193802935,  , pengendali unit murabitun lajnah bagi tujuan rekod dan kemaskini.

DR ROSNI ADAM
Pengerusi,
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan,
Parti Islam Se-Malaysia – HARAKAHDAILY 20/6/2016

Share on Myspace