Calon PKR PRN Sarawak mati ditembak di Miri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Calon PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Bill Kayong ditembak mati di Miri pagi tadi, lapor laman web KeadilanDaily.

Bill bertanding di kerusi N.71 Bekenu pada PRN yang diadakan 7 Mei lalu.

Biro Komunikasi PKR dalam kenyataan berkata, Bill ditembak mati berhampiran Emart One-Stop Shopping Mall di Senadin.

Bill juga merupakan Pembantu Khas Ahli Parlimen Miri merangkap Setiausaha PKR Miri, dipercayai ditembak mati dari jarak dekat menembusi cermin kanan di sebelah pemandu kereta jenis Toyota Hilux yang dinaikinya.

Mangsa dilaporkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan dialaminya.

Dia juga dikenali sebagai seorang yang lantang dalam menyuarakan isu-isu masyarakat termasuk isu tanah adat.

Share on Myspace