PAS gesa polis segera siasat pembunuhan Bill Kayong

JOFRI JARAIEE | .

Pembunuhan seorang ahli PKR di Miri amat mengejutkan ramai pihak. Bill Kayong, setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo, telah ditembak pada kira-kira 9 pagi tadi ketika beliau berhenti di persimpangan yang sibuk di hadapan pusat komersial E-Mart di Senadin.
 
PAS menggesa pihak polis dapat menyiasat apa punca kes pembunuhan ini berlaku ke atas ahli politik. Kes tembak dan lari pernah berlaku sebelum ini di bandaraya Miri dan sehingga ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.
 
Tindakan tegas seharusnya diambil ke atas mereka yang melakukan dan mereka yang mengupah pembunuhan kejam ini.
 
Sebelum ini mangsa pernah membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 lalu di Parlimen Sibuti.

Beliau merupakan seorang pejuang yang komited untuk memperjuangkan hak bumiputera di Sarawak.

Kita kehilangan seorang rakan seperjuangan yang komited dalam memperjuangkan hak bumiputera Sarawak.
 
PAS Sarawak merakamkan ucapan takziah dan simpati keatas keluarga mangsa. Semoga mereka sabar menghadapi ujian yang berat ini dengan tabah.

Kita harap pembunuh tersebut berjaya ditangkap dan dibawa ke muka keadailan untuk dihukum dengan sewajarnya. – HARAKAHDAILY 21/6/2016

Share on Myspace