Turki akan bina kapal perang sendiri - Erdogan

HARAKAHDAILY | .

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dikhabarkan telah menyatakan kemajuan tentera Turki. Erdogan mengaku bahawa kementerian pertahanan negaranya pada masa ini telah mampu membuat kapal induk sepenuhnya.

Erdogan membuat pengumuman ini pada upacara pembukaan sebuah limbungan kapal angkatan laut di Istanbul, RT melaporkan Ahad lalu.

"Tak ada halangan apapun untuk menghasilkan kapal induk kita sendiri. Hal ini dimungkinkan kerana kerajaan Turki bertekad untuk mampu meningkatkan kemampuannya. Turki tidak akan dicap lagi sebagai negara lemah dalam pertahanan dan isu-isu ketenteraan," kata Erdogan.

Erdogan merancang bahawa angkatan laut Turki boleh mula membuat kapal induk mulai tahun 2021. Sebagai permulaan, Turki ingin segera membuat kapal serbu amfibia yang bernama TCG Anadolu.

TCG Anadolu dituntut kerajaan Turki sebagai kapal perang terbesar dan paling mahal. Spesifikasinya belum dikeluarkan, namun kapal-kapal perang dari kelas yang sama akan mampu membawa 10 Jet pejuang F-35 Lockheed Martin, belasan helikopter dan 900 anggota tentera. (Islampos)

Share on Myspace