Henti sebar berita bantuan pendidikan palsu LZS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran untuk menghentikan penyebaran berita palsu berhubung bantuan pendidikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS menafikan informasi yang tersebar di WhatsApp ketika ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam laman Facebooknya, LZS berkata WhatsApp terbabit bukan sahaja palsu, malahan maklumat yang diberikan juga tidak tepat.

“Permohonan bantuan pendidikan sebenarnya sudah tamat, pada 31 Mac lalu.

“Malah, ianya palsu dan maklumat itu juga tidak tepat,” tulisnya dipetik laman SelangorKini.

LZS memaklumkan sebarang maklumat hanya akan dimaklumkan di laman sesawang LZS dan Facebook rasmi Zakat Selangor.

Share on Myspace