Wajah DAP dulu dan kini

ALANG IBN SHUKRIMUN | .

Dalam sebuah deklarasi yang ditandatangani bersama oleh Lim Guan Eng dan TGHH bersama sewaktu menjelang PRU13 tahun 2013 yang lalu, menyatakan:

"Kami pemimpin tertinggi dalam PAS dan DAP menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat berteraskan dasar bersama atau manifesto yang mengikut konsep Negara Berkebajikan PAS dan perjuangan adil untuk semua oleh DAP,
PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri. DAP juga berhak memperjuangkan Negara Berperlembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep Negara Islam."

Walaupun pakatan ini telah berkubur, PAS kekal dengan prinsip perjanjian ini sehingga ke hari ini. Malah PAS masih hormat pendirian DAP dengan membawa perjuangan Islam melalui lunas perlembagaan dan parlimen.

Tapi apa yang DAP buat? Setelah berjaya berada di kedudukan paling selesa dalam PRU13, mereka mula rasakan tiada lagi keperluan untuk bersama PAS. Keluarlah wajah mereka sebenar. Mula mempertikaikan prinsip PAS. Mula menaja kumpulan tertentu untuk menukar kepimpinan PAS kepada yang lebih mudah dicucuk hidung.

Kini baru mereka tersedar, mereka belum boleh bertatih sendiri tanpa dipimpin PAS. Tiba-tiba sahaja hilang suara yang lantang menakutkan rakyat dengan bahaya RUU pindaan 355. Ura-ura merujuk kembali selepas cerai mula kedengaran walaupun iddah telah lama berlalu.

Baru mereka perasan, rupanya orang yang ditaja itu tidak berguna sedikitpun. Pelaburan besar yang dibuat tidak membawa untung sesen pun. Yang dikendong keciciran, yang dikejar pula tak dapat.

Agaknya, perlukah kita percaya lagi pada DAP? Politik itu dinamik. Tiada apa yang mustahil. Tapi orang mukmin tak akan terjatuh dalam lubang yang sama lebih dari sekali. - HARAKAHDAILY 22/6/2016

Share on Myspace