Kisah guru Syria selamatkan kanak-kanak bawah runtuhan

HARAKAHDAILY | .

SEORANG guru Syria membentuk pasukan sukarelawan untuk melakukan pencarian dan penyelamatan orang yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Mereka mendakwa berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 13,000 orang dan mencari 9,000 mayat dalam lima tahun terakhir dari perang Syria.

Bibars Meshaal, 28, adalah seorang guru sastera di Aleppo tetapi menyertai dalam operasi mencari dan menyelamat selepas perang bermula pada tahun 2011.

Meshaal berkata dia merancang untuk melarikan diri negaranya lima tahun yang lalu tetapi sebuah insiden membuatnya berubah fikiran, Worldbulletin melaporkan.

"Saya membantu dalam pencarian dan penyelamatan terhadap sebuah bangunan yang hancur. Tiba-tiba, seorang kanak-kanak berusia 1 atau 2 tahun berjaya diselamatkan dan dibawa kepada saya. Saya mengambil anak itu namun dia tidak menangis hanya menatap saya dengan mata hitamnya seperti cuba untuk mengatakan sesuatu," ungkapnya.  

Berikutan insiden itu, Meshaal berubah fikiran, dia kemudian membentuk unit menyelamat dengan pemuda sukarelawan Syria dan mula melakukan pencarian dan penyelamatan.

Meshaal berkata pasukannya telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa dan menyaksikan ribuan kematian.

"Ini adalah perang yang ganas. Semua jenis senjata, termasuk senjata kimia, digunakan di sini," kata Meshaal.

"Kadang-kadang anda mendapati diri anda membawa mayat seseorang yang anda sempat berbicara dengannya beberapa minit sebelum ini."

Meshaal berkata mereka tidak mempunyai peranti elektronik untuk mengenal pasti elemen-elemen di bawah runtuhan, sehingga mereka menggunakan tangan mereka untuk menggali runtuhan dan mengangkat mangsa.

Dia menambah bahawa ada banyak daerah di Aleppo di mana bom menunggu untuk meletup.

"Lebih banyak kanak-kanak akan mati di Aleppo, perang seolah-olah tidak berhenti segera. Tetapi jika perang berhenti satu hari saja, kita semua harus dipulihkan," tegasnya. [Islampos]

Share on Myspace