Selangor sedia RM50 juta atasi masalah NRW

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Cadangan penggantian paip lama bagi mengatasi kebocoran paip, Non Revenue Water (NRW) di seluruh Selangor dijangka bermula pada 2017 hingga 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata kerja-kerja penggantian membabitkan 72 hostpot di seluruh negeri.

“Cadangan dan pelan pelaburan baharu akan dilaksanakan selepas Air Selangor memperoleh lesen perkhidmatan dan fasiliti serta kelulusan Pelan Perniagaan.

“Buat masa ini, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri masih berbincang mekanisme terbaik untuk memberi lesen perkhidmatan dan fasiliti kepada Air Selangor,” katanya dipetik SelangorKini.

Sebelum ini, sejumlah RM50 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah NRW di seluruh negeri yang mula dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Daripada jumlah itu, 12 hotspot gantian paip sedang disiapkan dan kerja pembaikan dijangka selesai hujung Disember depan.

Share on Myspace