Rusia tiru zionis guna bom fosforus serang rakyat Syria

HARAKAHDAILY | .

Setelah berjaya cuba bom berangkai dan hos letupan di Syria, tentera Rusia dikhabarkan sedang menggunakan cara zionis Israel membantai rakyat Palestin di Jalur Gaza, dengan menggunakan bom fosforus putih dalam serangan udara di sebelah utara wilayah Aleppo.

"Pesawat Russia menghujani bandar 'Andan, Hurriyatan, Kafr Hamra, Maa'rah' Artiq, Babis, Yakd al-Adis dengan bom fosforus putih yang diharamkan penggunaannya oleh masyarakat antarabangsa," ujar seorang sumber tempatan Anatolia yang minta dirahsiakan identitinya.

Sumber tersebut menambah, di bandar Hurriyatan dan Kafr Hamra, bekas bom fosforus putih yang dijatuhkan pesawat Rusia telah menyebabkan kebakaran bangunan yang tidak seperti biasa.

Menurut sumber itu lagi, tentera Rusia dilaporkan telah menggunakan bom fosforus putih di wilayah Aleppo sejak sebulan terakhir.

Mempunyai nama lain white phospor, bom fosforus akan terbakar jika bersentuhan dengan udara terbuka dan menyebabkan warna api kuning serta asap putih yang tebal. Dan jika mengenai manusia akan menyebabkan luka terbakar yang dalam serta menyakitkan bahkan dapat menembusi tulang.

Sifatnya yang mudah terbakar kerana bersentuhan dengan udara terbuka menjadikan kulit yang terkena bom fosforus putih akan terbakar lama, kerana selama bersentuhan dengan udara fosforus putih akan terus terbakar sehingga materialnya benar-benar habis. (Eramuslim)

Share on Myspace