Manfaat 10 malam Ramadan, 'kejar’ Lailatul Qadar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam disaran memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan dengan mempertingkatkan amal ibadat bagi mendapatkan kemuliaan Lailatul Qadar.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata Ramadan menjanjikan ganjaran pahala penuh nikmat kepada mereka yang melakukan amat ibadat sepanjang bulan itu.

“Gunakanlah ganjaran 10 malam terakhir Ramadan ini dengan memperbanyakkan lagi amal ibadat sebagaimana dituntut oleh agama.

“Semoga kita bersungguh-sungguh mengejar malam penuh keberkatan, malam Lailatul Qadar,” katanya dipetik Selangor Kini.

Dalam perkembangan itu, seramai 650 penerima menerima bantuan itu dengan sasaran kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin.

“Sebanyak RM65,000 peruntukan diagihkan kepada golongan marhaen yang bakal menyambut Hari Raya dengan bantuan RM100 setiap keluarga.

“Kerajaan Negeri terus mengamalkan nilai jimat cermat menjaga wang rakyat walaupun negeri kita tiada lombong emas dan telaga minyak,” katanya pada Program Jom Shopping Raya Aidilfitri 2016 peringkat Dun Selat Klang, kelmarin.

Bantuan ini merupakan salah satu dari 11 skim terdapat dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sumbangan dari kerajaan negeri.

Antara skim yang lain ialah Insentif Perkahwinan, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Hadiah Masuk IPT, Tabungan Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Share on Myspace