Mukhriz takut PAS dapat perintah semula Kedah

MUHAMMAD SANUSI MD NOR | .

Mukhriz sedang mengelak daripada dilihat memberi mileage kepada PAS bila dia lawan Najib, maka dia tuduh pihak yang perebah dan pecat dia daripada Umno ada perjanjian nak serah Kedah kepada PAS.

Ahmad Bashah takut Kedah jatuh semula kepada PAS dengan kelemahan pentadbiran Mukhriz, maka dia pun perebah Mukhriz daripada jawatan MB dan Pengerusi Umno negeri. Dia pun nampaknya makin lemah jugak.

Dua-dua pihak bergelut kerana takut PAS memerintah semula di Kedah. Dua-dua pihak dalam Umno tak mahu PAS jadi kerajaan semula. Dua-dua pihak mendakwa bertindak untuk menyelamatkan Umno.

Nampaknya semakin istiqamah PAS berjuang atas dasar Islam, semakin tinggi kesabaran PAS, semakin matang politik PAS, semakin tinggi ketakutan Umno kepada PAS.

Makin kuat PAS, makin bercakaranlah Umno, macam mana ada orang menuduh adanya UG, adanya kemesraan, adanya kerjasama PAS-Umno, bukankah pihak yang merekacipta tuduhan itu nampak singkat akalnya.

Janganlah ada orang yang bukan Umno pun takut PAS dapat memerintah Kedah semula macam ketakutan Mukhriz dan Bashah. - HARAKAHDAILY 27/6/2016

Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kedah.

Share on Myspace