Biarlah orang lain menilai, kebenaran mahal harganya

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sikap PAS jelas di dalam menegakkan keadilan walaupun dengan orang yang sentiasa menghentam PAS kiri dan kanan, depan dan belakang.

"Namun ia tidak menghalang PAS untuk membuktikan bahawa perjuangan PAS ialah untuk menegakkan keadilan walaupun dengan musuh," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman sosial facebook.

Tegasnya, PAS tidak mengambil kesempatan untuk membelasah kerana itu bukan ajaran Islam.

Beliau menambah, walaupun untuk kepentingan politik akan menguntungkan PAS tetapi PAS tidak akan menggadai prinsip untuk mendapat keuntungan yang sementara.

"Biarlah orang lain menilai. Kebenaran itu mahal harganya," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gantang. - HARAKAHDAILY 30/6/2016

Share on Myspace