Elak menjadi hakim, perbicaraan melalui media

HARAKAHDAILY | .

DALAM kes pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, PAS tetap berpegang pada pendirian yang dinyatakan Tuan Guru Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.

Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan.

PAS mengharapkan Guan Eng akan mendapat perbicaraan yang adil.

Sehingga hari ini, PAS tetap kesal dengan tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menjadi hakim kepada siasatan SPRM terhadap Datuk Seri Najib Razak sebelum ini tanpa membawa kes tersebut ke mahkamah untuk dibicarakan seperti yang berlaku kepada Guan Eng, di mana beliau menjadi ketua pendakwaraya.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
30 Jun 2016 – HARAKAHDAILY 30/6/2016

Share on Myspace