Terpulang kepada SPRM, AG bertindak - MB

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Terpulang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara (AG) menangani kes membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kes tersebut sudah lama diperkatakan sebelum ini.

Tanpa mahu mengulas lanjut katanya beliau tidak boleh beri komen panjang berkaitan isu terbabit.

“Terpulang kepada SPRM dan Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan,” katanya sebagai reaksi terhadap penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang petang semalam.

Beliau memberi jawapan ringkas tersebut pada program iftar bersama petugas media Kelantan di sebuah hotel di sini.

Lim Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial.

Beliau juga didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkaitan pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn dikatakan di bawah nilai pasaran.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menetapkan 22 September hadapan sebagai pengurusan kes. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azmi Ariffin menetap ikat jamin pada RM1 juta dengan seorang penjamin. - HARAKAHDAILY 30/6/2016

Share on Myspace