Israel akan jadi sasaran roket pembebasan Palestin

HARAKAHDAILY | .

Wakil Staf Angkatan Bersenjata Zionis Israel, Jeneral Yair Golan, mengakui bahawa negaranya akan menjadi sasaran 100,000 roket dalam peperangan selanjutnya dengan pejuang kemerdekaan Palestin.

"Daripada jumlah tersebut ada puluhan ribu roket pejuang yang boleh menjangkau kawasan utara Zionis Israel dengan kepala peledak sedang dan berat. Dan saya berharap tentera Yahudi dapat mengatasi ancaman keselamatan tersebut," ujar Jeneral Yair Golan dalam keterangannya di Radio Tentera Yahudi pada Isnin (26 Jun) malam.

"Tidak hanya bergantung kepada Iron Dome, tentera dan awam perlu bersedia menghadapi situasi berbahasa seperti ini," kata Jeneral Yair Golan seraya mendedahkan rancangan latihan pengosongan kecemasan warga Yahudi di wilayah utara dan selatan Zionis Israel.

Latihan pengosongan mendatang akan meliputi banyak aspek, termasuk bagaimana cara memindahkan orang dan menyimpan keperluan bahan bakar serta makanan selama masa perang. (Eramuslim)

Share on Myspace