Bauksit: PAS Pahang sokong lanjut tempoh moratorium

BASIRON ABDUL WAHAB | .

KUANTAN: PAS Pahang menyifatkan lanjutan tempoh moratorium adalah satu langkah yang baik demi memperbaiki keadaan.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Andansura Rabu berkata, lanjutan tempoh moratorium itu mambolehkan semua stockpile perlu dikeluarkan dari kawasan pelabuhan serta kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan dengan sempurna.
 
Katanya, dalam masa yang sama, pihak kerajaan mesti mengumumkan langkah-langkah yang bakal diambil bagi mengelakkan sebarang gangguan berlaku selepas tempoh moratorium berakhir pada 14 Sept depan.  
 
“Kerajaan juga mesti memaklumkam kepada orangramai lokasi penyimpanan yang dicadangkan serta laluan yang bakal diguna untuk membawa bouksit ke pelabuhan.
 
“Penduduk tidak mahu kejadian pencemaran alam sekitar serta gangguan lalulintas yang tidak terkawal berulang semula seperti sebelum moratorium dahulu," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS negeri.
.
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kabinet bersetuju tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang yang berakhir pada 15 Julai ini dilanjutkan dua bulan lagi sehingga 14 September.

Beliau berkata lanjutan tempoh moratorium kali ketiga itu adalah untuk membolehkan usaha mengosongkan stokpil bauksit yang masih berada di luar Pelabuhan Kuantan iaitu sekitar bandar Kuantan dan Bukit Goh dilakukan.

Katanya, jumlah bauksit dalam stokpil di luar Pelabuhan Kuantan dianggarkan sebanyak 5.4 juta tan meliputi 1.3 juta tan dalam stokpil di kawasan Gebeng, 2.3 juta di dalam kawasan lombong dan 1.8 juta tan di kawasan Felda. - HARAKAHDAILY 1/7/2016

Share on Myspace