PAS sampai mesej perpaduan, kesejahteraan Islam

JOFRI JARAIEE | .

MIRI: Baru-baru ini PAS Miri telah melakukan lawatan bersama Aktivis Cina Muslim Dr Ann Wan Seng  ke tokong-tokong Cina di sekitar kawasan Krokop Miri.
 
Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan agama di samping menyampaikan mesej tentang Islam kepada Non-Muslim.
 
Kedatangan kami disambut baik oleh ahli persatuan tokong dan mereka sangat gembira dengan kedatangan kami yang melawat tokong mereka.
 
Pihak kami juga menyampai terjemahan al-Quran dalam bahasa Mandarin kepada ahli persatuan untuk mereka memahami tentang ajaran Islam yang sebenarnya.
 
Pihak tokong juga memberi beberapa risalah tentang ajaran mereka kepada pihak kami. Apabila kita mengenal antara satu sama lain tentang budaya serta kefahaman antara agama masing-masing ianya akan merapatkan lagi hubungan antara kaum dan agama dalam negara ini.
 
Semua ajaran agama mengajar manusia jadi baik dan kita perlu saling menghormati antara satu sama lain supaya tidak berlaku salah faham antara agama.
 
Semoga dengan kunjungan hormat antara agama dan kaum ini akan dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum dan agama dalam negera ini.
 
PAS akan sentiasa terbuka dan sedia memberi penerangan tentang ajaran Islam kepada penganut agama lain supaya tidak berlaku salah faham tentang ajaran Islam yang telah disalah tafsir oleh pihak tertentu selama ini.
 
PAS ingin menyampaikan mesej perpaduan dan kesejahteraan tentang Islam kepada semua penganut agama lain agar mereka faham yang selama ini PAS bukanlah parti ekstrem seperti tuduhan pihak yang tidak suka melihat PAS bertapak dalam negara ini.
 
Negara akan aman dan sejahtera apabila rakyat yang berbilang kaum dan agama saling menghormati dan memahami ajaran agama dan kepercayaan masing-masing.
 
Pada kesempatan ini juga PAS Sarawak ingin sampaikan ucapan selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Idul Fitri kepada semua kaum Muslim dan kepada yang non Muslim juga boleh meraikan bersama Hari Raya Idul Fitri dengan kunjung mengunjung sahabat Muslim yang meraikannya. – HARAKAHDAILY 3/7/2016

Share on Myspace