Kemalangan: Menteri Besar Kelantan rakam takziah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob merakamkan ucapan takziah kepada Ustazah Radziah Abu Bakar sekeluarga di atas kehilangan anak-anaknya dalam kemalangan maut membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.

"Semoga 7 sekeluarga yang telah meninggal dunia dilimpahi rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama para hamba-Nya yang diredhai.

"Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali. Bersabarlah," ujar beliau menerusi laman facebook.

Mereka terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Renok di sini, kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah dua buah Perodua Myvi, sebuah Perodua Alza dan sebuah lori 5 tan. - HARAKAHDAILY 4/7/2016

Share on Myspace