Perutusan Idulfitri 1437 Ketua Pemuda PAS Perak

HARAKAHDAILY | .

اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، وَلِلّهِ الْحَمْدِ

Firman Allah:

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [Al-Baqarah: 185]

Alhmdulillah bersyukur kepada Allah SWT pada hari ini Allah berikan kita kemenangan meraikan syawal yang mulia. Eidulfitri membawa erti kembali kepada fitrah. Syawal seharusnya mengembalikan kita kepada fitrah kehambaan kepada Allah juga fitrah menyayangi sesama insan.

Sebulan melalui madrasah tarbiyyah Ramadhan telah berjaya membentuk ketaqwaan dalam diri kita. Dalam Ramadhan kita sentiasa menyegerakan ibadah wajib, memperbanyak melaksanakan ibadah sunat serta mengaji Al-Quran menjadi penguat hubungan dengan Allah. Malahan tuntutan membayar zakat dan amalan bersedekah menyuburkan hubungan dengan manusia. Diharapkan agar kita istiqamah meneruskan amalan ini selepas Ramadhan kerana kita merupakan hamba Allah bukan hamba kepada Ramadhan.

Bersama kita telusuri sirah Rasulullah SAW di bulan Syawal yang mulia ini, Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda berhadapan kebencian secara besar-besaran oleh orang kafir terhadap Baginda sehingga mengumpulkan lebih 10,000 tentera ahzab. Perjuangan menegakkan kalimah tauhid dan syariat Islam secara keseluruhannya ditentang oleh musuh Islam. Ianya dirakam dalam lafaz takbir raya setiap tahun

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن

bermaksud:
"Tidak ada Tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nyaُ dengan ikhlas untuk agama (Islam)َ walaupun dibenci oleh golongan kafir"

Justeru itu, harus kita fahami bahawa lumrah dalam perjuangan kita apabila membawa Islam secara  keseluruhannya pasti akan dibenci musuh Islam. Seandainya mereka suka maka mereka tidak menghalang dan tidak menentang atau mereka terus memeluk Islam, begitulah ibrah dari sirah Rasulullah SAW

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua.Dalam kesempatan ini, saya mewakili seluruh saff kepimpinan memohon kemaafan zahir dan batin diatas segala kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan. Semoga Syawal menjadi penghubung kita merapatkan ukhuwah dan melebarkan muafakat di antara Pemuda PAS Perak dengan semua. Semoga Allah menerima segala amalan yang kita lakukan.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال ونهنئكم بعيد الفطر السعيد
جعل الله أيامنا وأيامكم سعادة وهناء في الدارين
ْ
Salam Eidulfitri
Maaf Zahir Batin
#PemudaIstiqamahPenerajuKemenangan

Akmal Kamaruddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
1 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 6/7/2016

Share on Myspace