PAS berbeza dengan parti lain

MUHAMMAD AN NAZLI YAHYA | .

Petikan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Anak-anak Terengganu di Perantauan di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai pada 2 Syawal lalu.

1. Ucapan takbir dan tahmid kepada Allah dan Rasulullah.

2. Islam tidak pernah kalah, yang kalah adalah orang Islam yang tidak komited dengan Islam.

3. Sejarah Islam menunjukkan hanya 80 tahun untuk Islam menguasai 2/3 dunia. Tiada tamadun dalam dunia yang mampu mencapai kejayaan seperti Islam.

4. PAS tidak pernah kalah

5. Ada pihak cuba memperkecilkan Kelantan dan membesarkan Pulau Pinang.

6. Hari ini, PAS berjaya membina sebuah kerajaan negeri (Kelantan) yang bersih dan bebas daripada rasuah dan salah laku. DAP baru sahaja satu penggal memerintah Pulau Pinang tetapi sudah ada kes.

Soal Jawab Perantau bersama YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang

1.Tahaluf Siyasi

PAS mengambil pendekatan demokrasi. Pendekatan demokrasi bermaksud perlu menarik seramai mungkin pengundi. Maka memerlukan kepada tahaluf siyasi (kerjasama). Melalui demokrasi kita perlu meramaikan kawan dan mengurangkan musuh.

PAS mempunyai cawangan yang banyak, berbeza dengan PAN, DAP, PKR dan lain-lain. Ini kekuatan.Tetapi malangnya PAS kekurangan kerusi (Parlimen) sebaliknya banyak kerusi Dun.

Waqi' Malaysia menunjukkan parti perlu menguasai 60% pengundi Melayu Islam untuk memerintah.

Namun di sana, ada kecemburuan di peringkat nasional dan internasional. Cemburu untuk bagi peluang Islam memerintah. Dihalang dengan pelbagai cara oleh musuh seperti Amerika dengan mewujudkan Islamophobia kepada masyarakat.

Maka, dalam keadaan inilah, ada pihak, berada dalam PAS, sekadar memikirkan kemenangan sahaja tanpa menyatukan dengan asas perjuangan PAS.

2. PAN dan Taubat

Kembali kepada kebenaran adalah lebih utama berbanding berada di dalam kebatilan.

Islam mengajar tentang sejarah riddah (murtad), ada yang kembali semula kepada Islam dengan menunjukkan kesungguhan menolong Islam lebih daripada, sebelum mereka murtad.

Berjasa, Hamim ada yang kembali semula dan menebus semula kesalahan mereka. Dengan pengorbanan harta dan tenaga.

Kalau dah buat silap, perlu taubat. Taubat untuk diterima Allah pula ada syaratnya.

3. YB Tiada Gas

PAS berbeza dengan parti lain. Rasulullah SAW berkata berkenaan ciri-ciri munafik iaitu bercakap bohong, berjanji mungkir, diberi amanah khianat, bila berbalah berlebih-lebihan.

Sebelum ini, ada di kalangan PAS bercakap seperti nada DAP. Saya sebagai Presiden PAS berasa malu. YB seperti ini akan mudah masuk surat khabar perdana.

Sebaliknya, PAS adalah sebuah parti dan dakwah. Maka, perkataan-perkataan yang digunakan mestilah beradab dan sopan. Tidak mengabaikan akhlak Islam.

Di dalam peristiwa RUU355 pula, dahulu, hukum hudud dijadikan senjata untuk menakutkan orang dengan PAS sehingga takut menjadi murtad, berlaku isu kafir mengkafir. Maka kita mengambil kaedah berdakwah bukan berhukum. Menyedari mereka ini jahil mengenai hukum hudud.

Kemudian, apabila berlaku pelbagai jenayah, maka majistret-majistret, pegawai-pegawai undang-undang pula menggesa kerajaan untuk kembali kepada hukum Islam.

Maka, lahirlah usul RUU355 yang memerlukan simple majoriti untuk mengangkat taraf Mahkamah Syariah. Inilah perjuangan dibawa PAS di dalam Parlimen dari dahulu hingga sekarang. Masih ada petugas-petugas dalam parlimen yang dahulu menyokong RUU355 ini setelah mendengar hujah-hujah yang sentiasa disampaikan. Ini kejayaan PAS.

4. Mahasiswa

Mahasiswa tidak selama-lamanya menjadi mahasiswa. Suatu masa perlu terjun ke dalam masyarakat. Tidak boleh menyembunyikan ilmu dan mesti komited menyebarkan Islam.

5. Antarabangsa

Isu Syiah, Sunni, Salafi (Arab Saudi), serangan kepada Turki, fahaman Nasionalis Arab telah digerakkan oleh musuh Islam untuk melemahkan politik ummat Islam pada zaman 20-an lalu dan telah menghancurkan kesatuan ummat Islam di Tanah Arab.

Kini, zaman kebangkitan Islam, mereka masih memainkan kaedah yang sama dalam memecahkan kesatuan ummat Islam dengan sedikit modified terhadap isu-isu semasa.

Turki dan Nato, Russia, Kurdish, Palestin, Gaza, Iran, Syiria. Turki menyelesaikan kemelut mereka dengan membaiki kembali hubungan Turki dengan negara-negara yang disebutkan di atas.

Saya di dalam platform Kesatuan Ulama Sedunia, telah menyatakan semua masalah di dalam dunia ummat Islam mestilah diselesaikan melalui muwajahah silmiyyah (pendekatan damai). Pendekatan tentera hanya menyebabkan kuasa-kuasa besar mengambil kesempatan kepada negara-negara Islam. - HARAKAHDAILY 9/7/2016

Penulis ialah AJK Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu.

Share on Myspace